Pages

Friday, 20 September 2013

Hari Malaysia

Hari Malaysia adalah hari yang sangat bermakna dalam sejarah Malaysia. Hari yang bertarikh 16 september 1963 merupakan hari bermulanya sejarah penubuhan negara Tanah Melayu pada masa itu. Tarikh ini dimana sabah dan serawak menjadi komponen dalam sebuah negara Malaysia. Jelas sekali, di Malaysia masih ramai yang tidak tahu hari yang penting bagi negara Malaysia ialah 16 setember. Ramai yang beranggapan hari kemerdekaan sahaja yang boleh disambut dengan meriah.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Suasana yang berlaku di Malaysia pada tarikh tersebut adalah cuti umum bagi semua negeri di Malaysia. Jadi, sambutan tidak terlalu meriah berbanding daripada hari kemerdekaan negara. Oleh sebab itu, keturunan yang akan menerajui negara akan lupa sejarah yang penting bagi negara Malaysia. Cuti umum tidak dapat menunjukkan hari itu adalah hari yang sangat penting kerana tiadanya sambutan yang gemilang dan meriah.

Sebagai seorang pelajar, di setiap IPTA atau IPTS sememangnya mempunyai program yang berkaitan hari Malaysia. Di sebuah Universiti yang saya belajar, sambutan hari Malaysia disambut dengan perarakan dari setiap kolej-kolej yang ada. Walaupun sambutan tersebut berlangsung, tetapi ia tidak menunjukkan keseluruhan negara yang menyambut hari tersebut. Tetapi ianya berlangsung diperingkat rendah. Akan tetapi, saya menyokong majlis yang dilaksanakan oleh pihak Universiti. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar akan mengingati tarikh yang penting bagi sebuah negara yang berdaulat.

Pada kesimpulannya, sebagai rakyat yang berdaulat yang menjaga Agama, Bangsa, Maruah, dan Negara perlulah mempelajari sejarah dahulu dan mengetahui tarikh-tarikh penting. Selain itu, Malaysia merdeka disebabkan tokoh-tokoh yang berpengaruh seperti Haji Abdul Rahman limbong, Tok Janggut, dan ramai lagi. Dalam entri yang lain saya ada menceritakan sejarah seorang tokoh yang berpengaruh pada zaman dahulu. Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-50.

No comments:

Post a Comment