Belanjawan
Negara bagi tahun 2014 telah dibentang pada hari yang lepas dengan banyak
agenda-agenda yang telah diumumkan. Dalam bajet kali ini, kerajaan telah
menggunakan pendekatan defisit sebagai medium utama dalam mengimbangi
belanjawan Negara. hal ini telah digunakan selama 16 tahun secara
berturut-turut selama 1997. Belanjawan Negara juga dibuat bertujuan untuk
menyusun semula struktur utama dalam merangcang belanjawan pada tahun-tahun
yang akan datang bagi menstabilkan ekonomi di Malaysia.
Isu
yang dibangkitkan ialah isu penggunaan GST dalam ekonomi iaitu cukai yang
dikenakan ke atas pembelian barangan atau perkhidmatan terhadap pengguna. Cukai
GST baru diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi rakyat yang kurang
mengetahui tentang belian yang dikenakan cukai tersebut walaupun cukai tersebut
sudah lama dperkenalkan di Malaysia. Cukai GST dibuat supaya peningkatan
ekonomi Negara dan menstabilkan belanjawan Negara. Walaubagaimanapun, adakah
GST yang diwujudkan akan mengurangkan bebanan kepada rakyat? selain itu, adakah
GST dapat mengurangkan defisit di Malaysia?.
Seterusnya,
kebanyakkan rakyat Malaysia mengetahui berhubung kenaikkan harga gula oleh
kerajaan. Kerajaan menaikkan harga gula disebabkan untuk memansuhkan subsidi
oleh kerajaan sebanyak RM0.34. Jadi, harga gula pada masa sekarang adalah
berharga RM2.84. hal ini kerana, kerajaan atau menteri kewangan yang juga
Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan
bajet 2014 menyeru supaya rakyat Malaysia mengurangkan gula dalam minuman dan
makanan kerana akan menyebabkan kencing manis. Hal ini demikian kerana,
peningkatan nilai pesakit diabetis semakin ramai. seterusnya, ekonomi Negara
akan stabil dan akan mengurangkan defisit dalam ekonomi. Oleh sebab itu, barangan
atau bekalan makan akan menerima tempias daripada kenaikkan harga gula.
Kenaikkan harga gula berkuatkuasa 26 oktober 2013.
Secara
keseluruhannya Bajet 2014 menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion
berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion
untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia
bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan
Melaksana Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan
Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang
lalu. Oleh itu, pemimpin perlu peka terhadap kesusuhan dan kemiskinan yang
dihadapi oleh rakyat Malaysia dan membuat belanjawan yang lebih telus dan
amanah.
Antara
intipati lain dalam belanjawan Negara bagi tahun 2014 ialah Baucer Buku 1
Malaysia sebanyak RM250 diteruskan seperti biasa, Bantuan Rakyat 1 Malaysia
(BR1M) dinaikkan sebanyak RM500 kepada RM650, bonus atau elaun setengah bulan
bagi penjawat awam dan menaikkan elaun perumahan, dan 223 unit rumah dijual dengan harga yang berpatutan dan
lain-lain lagi. selain itu, sebagai pelajar kerajaan telah memperuntukkan
sebanyakkan 2.2 billion bagi membantu kos pembelajaran. Diharapkan belanjawan
Negara dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun.
Secara
kesimpulanya, bajet 2014 telah memberi rakyat celik terhadap ekonomi Negara
dalam penggunaan dan perkhidmatan yang digunakan sehari-harian. Rakyat juga perlu mengetahui
betapa pentingnya ekonomi dalam sesebuah Negara untuk masa depan rakyat. Belanjawan
Negara 2014 juga perlu dibentang kepada rakyat supaya rakyat lebih memahami
keadaan dan masalah yang dihadapi oleh Negara dan memberi inisiatif terhadap
pemimpin Negara bagi menstabilkan ekonomi Negara. Hal ini demikian kerana,
pemimpin adalah tunjang utama dalam menyusun segala kuasa dan tanggungjawab
yang diamanahkan untuk memajukan
sesebuah Negara yang membangun.
No comments:
Post a Comment