Pages

Monday 7 October 2013

Keracunan Makanan


Keracunan makanan ialah satu penyakit yang menjadi kebiasaan masyarakat. Ia adalah penyakit yang disebabkan pengambilan makanan dan minuman yang tercemar daripada kuman-kuman yang terdapat pada makanan atau minuman. Keracunan makanan juga disebabkan daripada bacteria atau racun, bahan kimia seperti racun serangga atau racun rumpai, logam berat seperti tembaga dan tumbuhan seperti kulat, cendawan dan hasil laut bercengkerang.

Pesakit-pesakit ini akan mengalami tanda-tanda tersebut iaitu rasa loya, cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut, berpeluh dan sakit kepala. Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Sebagai contoh, keracunan makanan yang mengakibatkan kematian yang berlaku di Yan, Kedah.

“Kejadian ini berlaku disebuah majlis jamuan perkhawinan di kampung Huma, Tanjung Dawai. Tiga daripada jemputan kenduri tersebut maut dan 60 orang mengalami keracunan makanan. Justeru itu, ramai yang datang ke kenduri tersebut berkata bahawa, masakan ayam masak merah menjadi penyebab keracunan makanan tersebut. Ayam yang dimasak telah buruk dan menjadi penyebab kepada keracunan makanan.”

Selain itu juga, penyebab kepada keracunan makanan juga berlaku daripada sayur-sayuran hijau, tetapi sayur memang digalakkan untuk dimakan kerana banyak kelebihannya. Tapi kalai sayur-sayur telah tercemar daripada kuman atau air yang dibasuh, ia juga akan mengakibatkan keracunan makan, selain itu , telur juga antara makanan yang boleh menyebabkan keracunan. Ini kerana bakteria mudah membiak dalam telur, terutamanya salmonella sp yang menyebabkan cirit-birit. Ikan tuna juga senang tercemar dengan scombrotoxin yang menyebabkan panas badan, sakit kepala dan kejang otot. Keju pula, yang dimakan dirumah selalunya boleh memberi keburukan sebab mungkin sudah dicemari dengan bakteria Salmonella sp. yang mana bukan sahaja penyebab sakit perut tapi juga boleh menyebabkan keguguran bayi. Kepada ibu-ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk makan keju ketika hamil.

Masalah keracunan makanan dapat diatasi dengan mengamalkan perkara-perkara tersebut iaitu, memilih makanan yang dijual oleh perniaga yang mengamalkan kebersihan, menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan, dan melaporkan penjaja atau peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan atau Majlis Bandaran. Selain itu juga, amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih. Makanan yang dimasak perlu disimpan dan ditudung dengan tudung saji.

Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

Akhir kata, keracunan makanan perlu diambil serius kerana ia adalah perkara penting bagi menjaga kesihatan badan dan jangka hayat hidup seseorang. Maka, kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian.



No comments:

Post a Comment