Pages

Saturday 2 November 2013

Bajet 2014




Belanjawan Negara bagi tahun 2014 telah dibentang pada hari yang lepas dengan banyak agenda-agenda yang telah diumumkan. Dalam bajet kali ini, kerajaan telah menggunakan pendekatan defisit sebagai medium utama dalam mengimbangi belanjawan Negara. hal ini telah digunakan selama 16 tahun secara berturut-turut selama 1997. Belanjawan Negara juga dibuat bertujuan untuk menyusun semula struktur utama dalam merangcang belanjawan pada tahun-tahun yang akan datang bagi menstabilkan ekonomi di Malaysia.
 
Isu yang dibangkitkan ialah isu penggunaan GST dalam ekonomi iaitu cukai yang dikenakan ke atas pembelian barangan atau perkhidmatan terhadap pengguna. Cukai GST baru diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi rakyat yang kurang mengetahui tentang belian yang dikenakan cukai tersebut walaupun cukai tersebut sudah lama dperkenalkan di Malaysia. Cukai GST dibuat supaya peningkatan ekonomi Negara dan menstabilkan belanjawan Negara. Walaubagaimanapun, adakah GST yang diwujudkan akan mengurangkan bebanan kepada rakyat? selain itu, adakah GST dapat mengurangkan defisit di Malaysia?.

Seterusnya, kebanyakkan rakyat Malaysia mengetahui berhubung kenaikkan harga gula oleh kerajaan. Kerajaan menaikkan harga gula disebabkan untuk memansuhkan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM0.34. Jadi, harga gula pada masa sekarang adalah berharga RM2.84. hal ini kerana, kerajaan atau menteri kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan bajet 2014 menyeru supaya rakyat Malaysia mengurangkan gula dalam minuman dan makanan kerana akan menyebabkan kencing manis. Hal ini demikian kerana, peningkatan nilai pesakit diabetis semakin ramai. seterusnya, ekonomi Negara akan stabil dan akan mengurangkan defisit dalam ekonomi. Oleh sebab itu, barangan atau bekalan makan akan menerima tempias daripada kenaikkan harga gula. Kenaikkan harga gula berkuatkuasa 26 oktober 2013.

Secara keseluruhannya Bajet 2014 menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Oleh itu, pemimpin perlu peka terhadap kesusuhan dan kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan membuat belanjawan yang lebih telus dan amanah.

Antara intipati lain dalam belanjawan Negara bagi tahun 2014 ialah Baucer Buku 1 Malaysia sebanyak RM250 diteruskan seperti biasa, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dinaikkan sebanyak RM500 kepada RM650, bonus atau elaun setengah bulan bagi penjawat awam dan menaikkan elaun perumahan, dan 223 unit rumah  dijual dengan harga yang berpatutan dan lain-lain lagi. selain itu, sebagai pelajar kerajaan telah memperuntukkan sebanyakkan 2.2 billion bagi membantu kos pembelajaran. Diharapkan belanjawan Negara dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun. 

Secara kesimpulanya, bajet 2014 telah memberi rakyat celik terhadap ekonomi Negara dalam penggunaan dan perkhidmatan yang digunakan sehari-harian. Rakyat juga perlu mengetahui betapa pentingnya ekonomi dalam sesebuah Negara untuk masa depan rakyat. Belanjawan Negara 2014 juga perlu dibentang kepada rakyat supaya rakyat lebih memahami keadaan dan masalah yang dihadapi oleh Negara dan memberi inisiatif terhadap pemimpin Negara bagi menstabilkan ekonomi Negara. Hal ini demikian kerana, pemimpin adalah tunjang utama dalam menyusun segala kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan  untuk memajukan sesebuah Negara yang membangun.





Monday 7 October 2013

Keracunan Makanan


Keracunan makanan ialah satu penyakit yang menjadi kebiasaan masyarakat. Ia adalah penyakit yang disebabkan pengambilan makanan dan minuman yang tercemar daripada kuman-kuman yang terdapat pada makanan atau minuman. Keracunan makanan juga disebabkan daripada bacteria atau racun, bahan kimia seperti racun serangga atau racun rumpai, logam berat seperti tembaga dan tumbuhan seperti kulat, cendawan dan hasil laut bercengkerang.

Pesakit-pesakit ini akan mengalami tanda-tanda tersebut iaitu rasa loya, cirit-birit, muntah-muntah, sakit perut, berpeluh dan sakit kepala. Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Sebagai contoh, keracunan makanan yang mengakibatkan kematian yang berlaku di Yan, Kedah.

“Kejadian ini berlaku disebuah majlis jamuan perkhawinan di kampung Huma, Tanjung Dawai. Tiga daripada jemputan kenduri tersebut maut dan 60 orang mengalami keracunan makanan. Justeru itu, ramai yang datang ke kenduri tersebut berkata bahawa, masakan ayam masak merah menjadi penyebab keracunan makanan tersebut. Ayam yang dimasak telah buruk dan menjadi penyebab kepada keracunan makanan.”

Selain itu juga, penyebab kepada keracunan makanan juga berlaku daripada sayur-sayuran hijau, tetapi sayur memang digalakkan untuk dimakan kerana banyak kelebihannya. Tapi kalai sayur-sayur telah tercemar daripada kuman atau air yang dibasuh, ia juga akan mengakibatkan keracunan makan, selain itu , telur juga antara makanan yang boleh menyebabkan keracunan. Ini kerana bakteria mudah membiak dalam telur, terutamanya salmonella sp yang menyebabkan cirit-birit. Ikan tuna juga senang tercemar dengan scombrotoxin yang menyebabkan panas badan, sakit kepala dan kejang otot. Keju pula, yang dimakan dirumah selalunya boleh memberi keburukan sebab mungkin sudah dicemari dengan bakteria Salmonella sp. yang mana bukan sahaja penyebab sakit perut tapi juga boleh menyebabkan keguguran bayi. Kepada ibu-ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk makan keju ketika hamil.

Masalah keracunan makanan dapat diatasi dengan mengamalkan perkara-perkara tersebut iaitu, memilih makanan yang dijual oleh perniaga yang mengamalkan kebersihan, menjauhi gerai-gerai yang kotor dan tidak mengikut peraturan kebersihan, dan melaporkan penjaja atau peniaga yang kotor kepada Pejabat Kesihatan atau Majlis Bandaran. Selain itu juga, amalan-amalan yang baik untuk mencegah keracunan makanan seperti basuh tangan selepas ke tandas dan sebelum mengendali, menyedia dan menyentuh makanan jangan ambil makanan dengan tangan. Gunakanlah penceduk, garpu, sudu atau penyepit yang bersih. Makanan yang dimasak perlu disimpan dan ditudung dengan tudung saji.

Simpan semua bahan makanan yang mudah rosak seperti daging, ikan, ayam, sayur dan susu di dalam peti sejuk sehingga diperlukan. Jika tidak mempunyai peti sejuk, sebaik-baiknya beli bahan makanan untuk keperluan hari itu sahaja.

Akhir kata, keracunan makanan perlu diambil serius kerana ia adalah perkara penting bagi menjaga kesihatan badan dan jangka hayat hidup seseorang. Maka, kesihatan amat penting dalam menjalani kehidupan seharian.



Saturday 21 September 2013

Tokoh Kemerdekaan

Haji Abdul Rahman Limbong



Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid bin Haji Abdul Kadir juga dikenali sebagai Tok Limbong atau Haji Abdul Rahman Limbong. Beliau dikenali ramai dari kalangan masyarakat negeri Terengganu. Kerana beliau adalah salah seorang daripada nama besar sejarah Terengganu. Dilahirkan di Kampung Jenguk Tong, Beladau Kolam, Kuala Terengganu pada tahun 1285H atau 1868M dan meninggal dunia di Mekah, pada tahun 1347H atau 1929M. Keturunannya dikatakan berasal dari Patani dan Terengganu.

Pada permulaan pelajarannya adalah dengan pendidikan agama. Hal ini demikian kerana, beliau dilahirkan dari keluarga yang mementingkan agama. Pada zaman kanak-kanak lagi dia diasuh dengan agama oleh ibu bapanya. Menurut sumber yang diperolehi, beliau telah bersama-sama dengan bapa saudaranya iaitu Haji Tun Mohammad Zain pergi ke Makkah untuk mempelajari ilmu agama. Setelah lama di Makkah, umurnya telah dewasa dan beliau pulang ke kampong halaman di Terengganu. Pada masa itu, beliau adalah seorang yang dahagakan ilmu agama. Oleh sebab itu, semasa berada di Terengganu, beliau tidak jemu untuk mencari Tok Guru agama untuk mempelajari ilmu agama. Antara ilmu yang dia dapat adalah ilmu feqah, nahu, saraf dan sebagainya. Kira-kira dua bulan sahaja beliau dapat menguasai pelajaran tersebut. Antara guru-guru beliau menuntut ialah Tuan Guru Haji Yaakob Paya Bunga.

Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris. Kelebihan yang dimiliki olehnya tidak dapat disangkal dengan kecerdasan akal fikiran apabila berhujah atau sebagainya. Ada sumber mengatakan beliau adalah seorang sufi pengamal Tarekat Sammaniyah. Walaubagaimanapun, beliau mengatahui segala selok-belok hal-hal keduniaan. Contohnya, beliau telah membela ramai rakyat dalam mahkamah semasa dijajah oleh British.

Seterusnya, dalam pengembaraan beliau tentang pelayaran yang menggunakan kapal buatan Terengganu yang dikenali sebagai Perahu Besar. Pelayaran beliau ke Sambas dan Kepulauan Riau. Perahu ini boleh menampung seberat 100 hingga 150 tan. Antara tempat-tempat yang dihuni oleh orang-orang Terengganu di Kepulauan Riau seperti Kuala Maras dalam Kepulauan Jemaja, Kepulauan Siantan dan Pulau Midai. Di Sambas pula ialah di Kampung Dungun di Kecamatan Sentebang. Nama Dungun itu diberi oleh orang Terengganu dan kekal hingga sekarang.

Sifat yang disegani oleh Haji Abdul Rahman Limbong adalah sifat waraknya pada Allah s.w.t. Beliau memperhalusi setiap perbuatan dan percakapan. Beliau mengetahui segala hukum-hukum agama dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pemimpin. Bagi siapa yang bersama-sama beliau pada masa itu akan mengetahui beliau tidak pernah singgah atau makan dan minum di kedai. Hal ini demikian kerana, dengan sendirinya akan menjatuhkan kewibawaan seorang pemimpin. Kebiasaan kedai-kedai menjual makanan ada unsur yang berkaitan dengan perkara mungkar.

Sebagai seorang pemimpin agama, beliau sangat mementingkan kesusahan yang dihadapi oleh masyarakat dan memperjuangkan hak-hak rakyat. Hal yang paling penting bagi membangunkan kehidupan rakyat, beliau sangat menitikberatkan undang-undang Allah, iaitu Syariat yang telah di aturkan sejak dahulu lagi dan perlu dipertahankan dimuka bumi ini.

Haji Abdul Rahman Limbong memang sentiasa mengenakan pakaian yang melambangkan ciri-ciri keIslaman. Oleh kerana itu, beliau sentiasa memakai baju Melayu atau jubah putih serta memakai serban. Ke mana-mana pun beliau sentiasa memakai terompah yang diperbuat sendiri atau pun dibeli dari orang lain. Kewarakkan beliau nampak jelas dengan sikap beliau yang tidak suka sama sekali memakai kasut yang diperbuat di kedai apatah lagi yang diperbuat oleh orang kafir. Lebih hebat lagi, apabila beliau berjalan melalui perkampungan orang-orang kafir, beliau akan menyamak kaki beliau.

Antara kelebihan Haji Abdul Rahman Limbong ialah mempunyai karamah. karamah yang dimiliki beliau adalah dapat menghilangkan diri sekelip mata. Perkara ini dapat dilihat apabila anak murid Tok Ku Paloh mengekori beliau untuk mengetahui sebab kenapa beliau sangat disayangi oleh Tokku Paloh. Sedang mereka mengekori beliau, secara tiba-tiba beliau hilang dari pandangan. Ini adalah salah satu karamah yang dimiliki oleh Haji Abdul Rahman Limbong.Selain itu juga, pada satu hari seorang telah memberi pinjam duit kepada beliau. Pada masa yang sama isteri kepada pemberi pinjam telah memarahi suaminya kerana terlalu lurus untuk memberi pinjam duit sesuka hati kepada orang lain. Pada keesokkan harinya, Haji Abdul Rahman Limbong telah memulangkan balik duit yang dipinjam, kerana dia tidak mahu meminjam duit daripada orang yang tidak ikhlas. Hal ini demikian kerana, beliau tahu orang yang memberi pinjam padanya tidak ikhlas walaupun isteri orang yang memberi pinjam tidak merungut didepan beliau.

Selain itu, sejarah kemerdekaan yang berlaku terhadap beliau pada masa itu adalah semasa penentangan 21 Mei 1928. Penentangan rakyat Terengganu terhadap pihak penjajah. Kebangkitan rakyat Terengganu telah belakunya tragedy berdarah apabila pekumpulan dan kemaraan pihak Patani telah ditentang oleh pihak kerajaan di Ulu Telemong. Disebabkan perkara tersebut Haji Abdul Rahman Limbong telah dpersalahkan Menyebabkan berlakunya penentangan terhadap pihak penjajah. Untuk meredakan suasana yang berlaku pada masa itu, beliau telah menyerah di Istana Maziah Terengganu. Dalam tahanan tersebut, beliau menafikan tuduhan tersebut. Pada masa itu tiada siapapun yang berani mendekati beliau. Semasa pertuduhan tersebut, beliau dihadapkan perbicaraan. Dan ditempatkan disebuah padang yang diperhati oleh pegawai-pegawai British. Semasa perbicaraan berjalan, beliau berterusan solat kerana pada masa itu kerusi yang beliau duduk betul-betul menghadap kiblat.

Akhirnya, perbicaraan tersebut mendapat persetujuan dimana Haji Abdul Rahman Limbong dibuang ke Makkah. Ada yang mengatakan beliau dibuang ke negara China. Tetapi beliau sendiri yang berhajat untuk menghabiskan sisa-sisa hidup di Makkah. Walaubagaimanapun, semasa berada di makkah, beliau tetap mengajar ilmu-ilmu agama kepada pelajar di makkah. Sebilangan anak muridnya berjumpa di Makkah semasa menunaikan Haji. Beliau telah menghabiskan sisa-sisa hidup di Makkah dengan mengajar dan mendalami ilmu agama dengan penuh tawadu' pada Allah s.w.t.

Setelah sekian lama beliau berkhidmat mengajar berbagai pengetahuan tentang agama di Makkah, maka beliau pun dijemput oleh Allah SWT untuk mangadapNya. Beliau meninggal dunia pada 14 Jamadilakhir 1348 (1929) kerana menghidap penyakit di dalam perut. Dengan itu, berakhirlah perjuangan seorang ulama yang berpengaruh serta pengajarannya cukup ketara di dalam kehidupan masyarakat Islam Terengganu sehinggalah ke hari ini.

Secara tuntasnya, tokoh yang sangat dikenali telah lahir di Terengganu yang telah banyak mengajarkan ilmu-ilmu akhirat. Lahirnya seorang tokoh yang mementingkan agama sebagai landasan yang paling agung bagi mengukuhkan agama Islam bertapak sehingga akhirat dimuka bumi Allah S.W.T. perjuangan yang dilakukan oleh Haji Abdul Rahman Limbong perlu dicontohi oleh masyarakat pada zaman sekarang.

(1128 patah perkataan)

Friday 20 September 2013

Hari Malaysia

Hari Malaysia adalah hari yang sangat bermakna dalam sejarah Malaysia. Hari yang bertarikh 16 september 1963 merupakan hari bermulanya sejarah penubuhan negara Tanah Melayu pada masa itu. Tarikh ini dimana sabah dan serawak menjadi komponen dalam sebuah negara Malaysia. Jelas sekali, di Malaysia masih ramai yang tidak tahu hari yang penting bagi negara Malaysia ialah 16 setember. Ramai yang beranggapan hari kemerdekaan sahaja yang boleh disambut dengan meriah.

Antara lain, kerjasama ini perlu diadakan adalah bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis yang semakin ketara yang boleh menggugat kestabilan politik serantau. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di samping itu juga gagasan ini bertujuan untuk mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara dan Sarawak.

Suasana yang berlaku di Malaysia pada tarikh tersebut adalah cuti umum bagi semua negeri di Malaysia. Jadi, sambutan tidak terlalu meriah berbanding daripada hari kemerdekaan negara. Oleh sebab itu, keturunan yang akan menerajui negara akan lupa sejarah yang penting bagi negara Malaysia. Cuti umum tidak dapat menunjukkan hari itu adalah hari yang sangat penting kerana tiadanya sambutan yang gemilang dan meriah.

Sebagai seorang pelajar, di setiap IPTA atau IPTS sememangnya mempunyai program yang berkaitan hari Malaysia. Di sebuah Universiti yang saya belajar, sambutan hari Malaysia disambut dengan perarakan dari setiap kolej-kolej yang ada. Walaupun sambutan tersebut berlangsung, tetapi ia tidak menunjukkan keseluruhan negara yang menyambut hari tersebut. Tetapi ianya berlangsung diperingkat rendah. Akan tetapi, saya menyokong majlis yang dilaksanakan oleh pihak Universiti. Hal ini demikian kerana, pelajar-pelajar akan mengingati tarikh yang penting bagi sebuah negara yang berdaulat.

Pada kesimpulannya, sebagai rakyat yang berdaulat yang menjaga Agama, Bangsa, Maruah, dan Negara perlulah mempelajari sejarah dahulu dan mengetahui tarikh-tarikh penting. Selain itu, Malaysia merdeka disebabkan tokoh-tokoh yang berpengaruh seperti Haji Abdul Rahman limbong, Tok Janggut, dan ramai lagi. Dalam entri yang lain saya ada menceritakan sejarah seorang tokoh yang berpengaruh pada zaman dahulu. Selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke-50.

Friday 1 February 2013


TIPS KUMPUL DUIT UNTUK BERKAHWIN



Assalamualaikum :) !!

Bagi yang dah berjaya menempuh alam pra percintaan dan akan merealisasikan ikatan cinta suci korang dengan perkahwinan, tahniahdi ucapkan!!! Tapi yang menjadi masalah, budjet duit tak cukup la plak..Hurm...Jangan susah hati. DOKTOR CINTA akan kongsikan Tips Umum dan Tips Spesifik macam mana nak kumpulkan duit perkahwinan. Jom Baca (",) 


TIPS MENYIMPAN SECARA UMUM

Jika anda berhasrat untuk merancang masa depan kewangan anda, anda sebaik-baiknya belajar bagaimana untuk menjimatkan wang kerana menyimpan wang dianggap sebagai cara terpantas untuk meningkatkan kewangan anda. Namun, kebanyakan daripada kita mendapati bahawa menyimpan wang bukanlah kerja yang mudah kerana kita seringkali gagal mencari cara untuk mengurangkan perbelanjaan harian kita. Melalui artikel ini saya ingin memberikan anda beberapa tips tentang cara untuk menyimpan wang dan saya berharap tips ini dapat membantu anda.

Pertama, tetapkan tujuan anda menyimpan wang. 

Letakkan matlamat anda menyimpan wang untuk jangka pendek dan jangka masa panjang. Untuk mencapai matlamat jangka pendek, ia tidaklah sukar kerana wang yang diperlukan tidak banyak. Namun, untuk tujuan jangka panjang, ia akan menjadi sedikit sukar. Anda perlu melakukan banyak perancangan dan pelaburan sebelum anda boleh mencapai matlamat jangka panjang. Selain itu, sentiasalah menulis tujuan anda setiap hari supaya anda tidak akan kehilangan fokus pada tujuan anda.

Kedua, membuat senarai semua perbelanjaan anda. 

Membuat senarai perbelanjaan bulanan atau mingguan dapat membantu anda untuk lebih tahu tentang aliran wang anda. Dengan meneliti rekod perbelanjaan anda, anda akan berasa terkejut kerana anda telah membeli banyak barang yang tidak diperlukan. Buat satu senarai khusus untuk barangan yang tidak perlu dan beringatlah agar tidak membelinya lagi.

Ketiga, buang tabiat buruk anda yang melibatkan wang. 

Ada beberapa kebiasaan buruk yang membahayakan kesihatan dan wang anda, seperti merokok atau shopping berlebihan. Menyingkirkan kebiasaan buruk ini tidak hanya membuatkan anda lebih sihat tetapi ia juga akan membantu anda menjimatkan lebih banyak wang.

Keempat, berusaha untuk berhenti menggunakan kad kredit. 

Anda akan sangat mudah untuk terlebih berbelanja apabila anda menggunakan kad kredit. Jika anda ingin menjimatkan wang, anda perlu berhenti berbelanja lebih dan cuba untuk membayar sesuatu barang dengan wang tunai. Dengan cara ini anda akan dapat mengetahui dengan jelas berapa banyak wang yang masih ada.

Kelima, bergaul dengan orang yang bijak mengurus wang. 

Berkomunikasi dan berhubung dengan orang yang bijak mengurus wang dapat membantu anda untuk mengetahui dengan lebih baik tentang bagaimana cara menyimpan dan mengurus wang. Mereka selalunya mempunyai beberapa idea yang bagus tentang bagaimana mengurangkan kos dan inilah masa untuk anda belajar daripada mereka.

 TIPS MENYIMPAN SECARA SPESIFIK
Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau korang rasa diri tu sudah bersedia untuk berumahtangga, cepat-cepatlahimplementkan tips-tips di bawah nie ok:-

1. Shopping masa sale jer 

kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!'

2. Elakkan hutang kad kredit



korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang  pulak, mulalah diserangpanick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….

3. Potong jer langganan yang tak penting


contoh langganan yang tak berapa penting nie ialah seperti langganan majalah2 atau langganan khidmat Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu… dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dll.. huhu.  Kalo korang BZ bekerja dan jarang tengok TV pun, cam rugi kan langgan astro. Gerenti boleh jimatkan kos!

4. Jangan asyik beli barangan branded 


kengkadang, most people memang suka guna barangan berjenama atau brandedBetter quality, they say. Betul tuh tapi harganya memang confirm mahal! Tetapi korang kerana ingat yang  sekarang nie, objektif korang adalah untuk cut-cost demi nak save bajet untuk kahwin. Lepas kahwin nanti, kalau korang nak berhabis dengan barangan branded pun, takde orang nak halang… :-) So, bersabarlah…

5. Jaga keselamatan dan kesihatan anda


sentiasalah pakai tali pinggang dan topi keledar semasa keluar dengan motor atau kereta. Cuci tangan dengan bersih bagi mengelakkan jangkitan H1N1 dan penyakit2 lain. Kalau you all rajin jaga kesihatan, gerenti you boleh elakkan daripada membayar bil hospital yg terlampau tinggi tue… :-)

6. Jangan merokok!



Emm… yang nie mungkin susah sikit la untuk sesetengah orang nak ikut, kan? Kalau sudahaddicted tuh, memang susahlah nak buang tabiat buruk nie. Tapi kalau tak boleh berhenti pun, at least cubalah you all kurangkan sikit merokok tu, yer? Selain dapat menyelamatkan nyawa anda, ia memang confirm boleh mengurangkan perbelanjaan bulanan anda!

7. Kurangkan ‘dating’ pada setiap hujung minggu

untuk mereka yang bekerja, hujung minggu mungkin adalah masa yang korang tunggu2 supaya dapat keluar berjalan-jalan bersama awek tersayang :-) . Masa keluar nie, memangconfirm duit anda pun akan ‘keluar’ sama.. :-) Yelah, masa keluar makan, takkan awek pulak yang kena belanja, kan? Contohnya, kalau bajet anda untuk pi ‘dating’ pada setiap hujung minggu ialah RM50, dalam sebulan tak ke jadi RM200? Banyak gak tuh…! So, kalau dah kemaruk nak kahwin, kurangkan ‘dating’ pada hujung minggu yer. Kalau awek marah2, cakap kat dia “Abe mu nok sipang duit nok buat kawin la, ayang…”..:-p

8. Jimatkan bil rumah anda


ada beberapa cara yang korang boleh lakukan untuk jimatkan bil2 penting di rumah anda, yakni – bil elektrik dan bil air. Misalnya elakkan daripada memakai aircon di dalam rumah, tutup kipas dan lampu jika tak digunakan, jangan mandi lama2 sangat, jangan biarkan air paip mengalir kalau tak guna dan bermacam-macam cara lagi lah. Senang ajer tu.. yang penting anda kena betul2 praktikkan amalan nie dalam kehidupan seharian. Barulah berkesan…

9. Kurangkan membeli suratkhabar / majalah / buku 

untuk orang yang tak gemar membaca, ini takkan jadi masalah. Memang elok kita membaca suratkhabar untuk tau perkembangan semasa, tetapi sekarang nie dah ader cara jimat untuk membaca paper, iaitu melalui Internet. Kalau kat rumah atau ofis anda ada Internet connection, surf je laman-laman suratkhabar seperti Utusan, Metro dsb lagi dan baca jer at situ. Kan jimat tue..? Untuk yang suka membaca buku pulak, pinjam je buku kat library… :-p

10. Kurangkan membeli gajet2 elektronik

di zaman IT yang serba canggih nie, semacam ada tarikan magnet untuk membeli dan menggunakan gajet2 yang mewah dan berteknologi tinggi misalnya PS3, Garmin, Tablet PC dsb. Kebanyakan daripada alat2 nie memang serius mahal, beb. Kalau betul2 nak berjimat, buatkan wish list dulu, then lepas dah setel kahwin, barulah korang pi beli gajet2 nie semua…huhu.. :-p

11. Masak sendiri


elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan anda, anda juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan!

12. Smart shopping atau e-shopping 

hah… sekarang kalau korang nak shopping, tak yah keluar rumah dah. Duduk jer mengadap PC di rumah dan dengan sekali klik jer, anda dah boleh beli macam2 jenis barang. Inilah yang dipanggil electronic shopping.. :-) Faedahnya – mengelakkan anda daripada rambang mata dan membeli barang2 yang tak perlu apabila keluar shopping.. Gerenti boleh jimat duit dan jimat minyak!

13. Jangan berhabis utk beli DVD/ VCD / MP3 / CD 

bagi sesiapa yang gemar menonton movie, mendengar lagu, bermain game atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya, cuba tahan diri korang daripada membeli bende2 nie semua… maklumlah kalau dah jadi ‘addicted’ kepada bende2 nie memang susah nak kawal nanti… :-)

14. Jual barang-barang terpakai


kalau kat rumah anda ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa kata you all jual jer barang2 tue. Korang boleh jual kat kedai2secondhand ker ataupun jual melalui online.. Selain ebay, lelong.com dan mudah.com.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai.. :-p

15. Bawa bekal ke pejabat 

cara nie bukan calang2 orang boleh buat kerana ia memerlukan anda bangkit di awal2 pagi lagi untuk menyediakan breakfast dan membawanya ke pejabat sebagai bekalan makanan anda… Nak jimatlah konon… :-)  Tapi, bagi orang yang rajin dan suka memasak, perkara kecik nie gerenti tak jadi masalah punyer… :-)

16. Berkongsi kereta


 atau istilah glamernya ‘carpool’… cara ini ada pros dan cons dia yang tersendiri dan ada sesetengah orang suka guna cara nie dan ada jugak sesetengah yang kurang gemar berkongsi kereta. Tetapi, jika anda jenis yang tak suka memandu sendirian, apa salahnya jika anda cuba kaedah nie… tapi kena ingat: kalu berkongsi kereta, kenalah adil dan saksama, dan kena ikut giliran… jangan pulak asyik kita jer yang duduk di belakang stereng tuh…huhu… :-)

17. Lengkapkan kereta anda dengan tangki gas NGV 

kalau anda selalu pakai kereta dan betul2 nak jimat, apa kata simpan duit untuk beli tangki gas NGV. Memang confirm anda boleh jimatkan duit kerana gas NGV nie memang murah giler! Cuma downside nya ialah tangki nie berat dan ia akan makan space di but kereta anda dan satu lagi risiko ialah dari segi keselamatan lah. So korang pikirlah sendiri okey…

18. Bersenam di rumah


bersenam tue memang bagus untuk kesihatan. Ada banyak cara untuk bersenam misalnya joging, aerobic, angkat berat, pergi ke gym dan sebagainya lagi. Kalau korang nie jenis yang suka bersenam di gym, memang kena berhabis sikit la kerana anda kena bayar yuran bulanannya. Tapi, kalau ianya dibuat di rumah atau di padang-padang rekreasi, memangconfirm korang tak payah keluar duit sesen pun. Apa kata anda beli DVD exercise/aerobik/dance and just do it in the comfort of your own home. Rasakan kelainannya…!

19. Jangan berhabis untuk modify/make-up kereta


ada sesetengah orang suka sangat ‘menghias’ kereta mereka dengan pelbagai jenis aksesori spt tukar enjin turbo, rendahkan ketinggian kete, tukar sport rim, absorber dsb… Hmm.. tak membazir ke?… :-) Yang pastinya, kalau aksesori tu memang diperlukan, takperla kan? Tapi, kalau kereta tu dah elok2, tapi korang tetap nak modify nya untuk tampak lebih canggih, emm…baik fikir dua tiga kali :-)  Walaupun ianya mungkin hobi kesayangan anda, tapi cuba cut down sikit la dalam bab-bab modifications tu… sentiasa ingat dalam kepala “Aku nak kahwin dengan orang. Bukan kereta. Jadi aku kena simpan duit la” …huhu

20. Pakai prepaid instead of postpaid  


time bercouple nie la yang akan mengikis banyak duit you all, betul tak? Selain daripada berbual2, sms-ing jugak banyak menelan belanja, beb. Kadang2, kita tak sedar bila jari kita duk menekan huruf2 kat keypad handfon tuh, sampailah time nak membayarnya…huhu.. Kalau kita pakai postpaid, kita mungkin akan terus berbual2 berjam2 lamanya tanpa mengira masa. Tiba je hujung bulan, bila tengok bil telefon yang melambung tinggi tuh, masa tu lah anda akan frust menonggeng dan berasa menyesal tak sudah..:-) So, it’s a bit better kalau korang just guna prepaid instead of postpaid, ye.

Try your best!!.
Anda simpan RM250 setiap bulan.
Ulang sehingga 36 bulan atau 3 tahun.
Berapa anda dapat?
RM250 x 36 bulan = RM9,000.
Tak Cukup?
Anda kongsi dengan bakal isteri, setiap orang simpan RM250 setiap bulan.
Jadi double, RM9,000 x 2 = RM18,000 (atau RM250 x 2 orang x 36 bulan = RM18,000)
Tak Cukup Gak?
Doublekan nilai simpanan korang berdua kepada RM500 setiap bulan.
RM500 x 2 orang x 36 bulan = RM36,000.
Lambat?
Simpan RM500 setiap bulan untuk tempoh 1 tahun setengah (18 bulan).
RM500 x 2 orang x 28 bulan = RM18,000.
Ok? Dapat idea?
Kene ingat, saye cume kongsi idea, berapa nak simpan sebulan dan berapa lama tu, kene bincang lah dengan bakal isteri.
At least dah ada peta :D