Pages

Saturday 2 November 2013

Bajet 2014




Belanjawan Negara bagi tahun 2014 telah dibentang pada hari yang lepas dengan banyak agenda-agenda yang telah diumumkan. Dalam bajet kali ini, kerajaan telah menggunakan pendekatan defisit sebagai medium utama dalam mengimbangi belanjawan Negara. hal ini telah digunakan selama 16 tahun secara berturut-turut selama 1997. Belanjawan Negara juga dibuat bertujuan untuk menyusun semula struktur utama dalam merangcang belanjawan pada tahun-tahun yang akan datang bagi menstabilkan ekonomi di Malaysia.
 
Isu yang dibangkitkan ialah isu penggunaan GST dalam ekonomi iaitu cukai yang dikenakan ke atas pembelian barangan atau perkhidmatan terhadap pengguna. Cukai GST baru diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia bagi rakyat yang kurang mengetahui tentang belian yang dikenakan cukai tersebut walaupun cukai tersebut sudah lama dperkenalkan di Malaysia. Cukai GST dibuat supaya peningkatan ekonomi Negara dan menstabilkan belanjawan Negara. Walaubagaimanapun, adakah GST yang diwujudkan akan mengurangkan bebanan kepada rakyat? selain itu, adakah GST dapat mengurangkan defisit di Malaysia?.

Seterusnya, kebanyakkan rakyat Malaysia mengetahui berhubung kenaikkan harga gula oleh kerajaan. Kerajaan menaikkan harga gula disebabkan untuk memansuhkan subsidi oleh kerajaan sebanyak RM0.34. Jadi, harga gula pada masa sekarang adalah berharga RM2.84. hal ini kerana, kerajaan atau menteri kewangan yang juga Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pembentangan bajet 2014 menyeru supaya rakyat Malaysia mengurangkan gula dalam minuman dan makanan kerana akan menyebabkan kencing manis. Hal ini demikian kerana, peningkatan nilai pesakit diabetis semakin ramai. seterusnya, ekonomi Negara akan stabil dan akan mengurangkan defisit dalam ekonomi. Oleh sebab itu, barangan atau bekalan makan akan menerima tempias daripada kenaikkan harga gula. Kenaikkan harga gula berkuatkuasa 26 oktober 2013.

Secara keseluruhannya Bajet 2014 menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia bertemakan “Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu. Oleh itu, pemimpin perlu peka terhadap kesusuhan dan kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dan membuat belanjawan yang lebih telus dan amanah.

Antara intipati lain dalam belanjawan Negara bagi tahun 2014 ialah Baucer Buku 1 Malaysia sebanyak RM250 diteruskan seperti biasa, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dinaikkan sebanyak RM500 kepada RM650, bonus atau elaun setengah bulan bagi penjawat awam dan menaikkan elaun perumahan, dan 223 unit rumah  dijual dengan harga yang berpatutan dan lain-lain lagi. selain itu, sebagai pelajar kerajaan telah memperuntukkan sebanyakkan 2.2 billion bagi membantu kos pembelajaran. Diharapkan belanjawan Negara dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun. 

Secara kesimpulanya, bajet 2014 telah memberi rakyat celik terhadap ekonomi Negara dalam penggunaan dan perkhidmatan yang digunakan sehari-harian. Rakyat juga perlu mengetahui betapa pentingnya ekonomi dalam sesebuah Negara untuk masa depan rakyat. Belanjawan Negara 2014 juga perlu dibentang kepada rakyat supaya rakyat lebih memahami keadaan dan masalah yang dihadapi oleh Negara dan memberi inisiatif terhadap pemimpin Negara bagi menstabilkan ekonomi Negara. Hal ini demikian kerana, pemimpin adalah tunjang utama dalam menyusun segala kuasa dan tanggungjawab yang diamanahkan  untuk memajukan sesebuah Negara yang membangun.